Monday, June 22, 2009

~lelaki yang patah sayap kirinya~

engkau lelaki yang patah sayap kirinya
menanggalkan baju dukamu
di hamparan kenangan
melonjak dari jendela kamar
yang pecah kacanya
ingin terbang menerpa bulan
sambil mengilik sebungkus impian

tak kau hirau rayuan pungguk
berhiba lara
yang memilih pilu sengsara
tanpa usaha
kau dengan kental semangat
menjerkah gerhana
dan menahan mentari
dari meminta gilirannya

terbanglah lelaki yang patah sayapnya
berpandukan tongkat paruh
jentayu yang setia

kau bukan lagi lelaki pilu
yang merenung jendela
setiap kali purnama senyum
atau retak di balik ara
kerana kau arif merisik rindu
dan mentafsir cinta
dari sinar mata pemilik kejora
(karya Rozais Al-Anamy)


----> puisi neh sy amek kat dlm mingguan malaysia ahad 21 jun2009. puisi neh karya Rozais Al-Anamy..dipersembahkan oleh dato' ct kat mlm puisi utusan arituh..ntah nape rse sayu bile bace puisi neh:) apepun sy nk bg kredit kat penulis puisi neh atas karya beliau..tahniah..

p/s: selamat hari bapa dan sekaligus selamat hari lahir ke 66 utk abah tercinta..semoga sihat dan murah rezeki hendakNya..dr anakmu yg kdg2 nakal..ngeh3

No comments: